Wednesday, December 29, 2004

SEJARAH DAN KECEMERLANGAN DIVISI AA/NA DATO' SAGOR, AC 54 SERTA NC 36

St. John Ambulans mula bertapak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sagor, Langkap pada tahun 1986. Dengan usaha ahli- ahli divisi kami maka tercapailah banyak kejayaan. Kejayaan- kejayaan tersebut bukan sahaja banyak membangkitkan semangat kami malah memberi keyakinan kepada pelajar- pelajar untuk menyertai St. John Ambulans Malaysia S. M. K. Dato' Sagor.
Berikutlah sejarah dan kejayaan divisi kami pada setiap tahun semenjak penubuhan St. John Ambulans di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sagor, Langkap:
  • 1986- Kami baru lahir.
  • 1987- 28 Jun, seramai 8 orang ahli divisi kami telah menerima Sijil Perlantikan Lans Kopral dalam majlis sambutan Hari St. John Sedunia.
  • 1988- Sepasukan ahli divisi kami telah menyertai perbarisan tahunan Hari St. John Daerah Hilir Perak di Teluk Intan. Ini merupakan kali pertama ahli divisi kami menyertai perbarisan tahunan. Selain itu, kami turut menyertai National Camp yang diadakan di Seremban.
  • 1989- 2 orang ahli divisi dewasa kami mengikuti kursus Pentadbiran Bahagian Peringkat Isyarat Bendera pada tahun ini.
  • 1990- Ahli divisi kami telah mendapat Johan dalam acara Isyarat Bendera dan Johan keseluruhan dalam acara sukaneka. Pada tahun ini, ahli divisi kami juga menyertai Commonwealth Camp.
  • 1991- 5 orang ahi divisi NC 36 telah berjaya memenangi Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki dan Naib Johan dalam Rawatan Rumah pada peringkat kawasan Perak Selatan.
  • 1992- 5 orang ahli divisi NC 36 mendapat Naib Johan dalam acara pertolongan cemas dan juga Johan dalam acara Kawad Kaki pada peringkat kawasan Perak Selatan.
  • 1993- 5 orang divisi AC 54 mendapat Naib Johan dalam acara Kawad Kaki pada peringkat negeri Perak. Di samping itu, ahli divisi kami juga mendapat johan dalam acara bola tampar pada peringkat sekolah.
  • 1994- 18 December, sekumpulan ahli NC 36 ( 5 orang ) telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan juga menjadi johan dalam acara bertulis pada peringkat kawasan Perak Selatan.
  • 1995- Ahli divisi kami telah muncul sebagai Naib Johan dalam acara Kes Pendek. Selain itu, ahli kami juga menyandang tempat ketiga dalam jogathon. Kami telah mengadakan kem pada 13 November- 15 November yang terbuka kepada ahli St. John S. M. K. Dato' Sagor, S. J. K. ( C ) Wah Keow dan S.J.K.( C ) Chui Chak, Langkap. Terdapat 100 orang menyertai kem tersebut. Kami berjaya menjadi unit beruniform yang terbaik dalam sekolah kami.
  • 1996- 5 orang ahli divisi NC 36 telah mendapat tempat ketiga dalam Petandingan Rawatan Rumah. Divisi NC 36 dan AC 54 ( campuran) telah memenangi tempat ketiga dalam Perbarisan Tahunan Perak Selatan. Sekali lagi, kami menjadi unit beruniform yang terbaik dalam sekolah.
  • 1997- Setelah banyak berusaha, divisi kami telah berjaya mendapat johan dalam Perbarisan Tahunan Perak Selatan. 5 orang ahli divisi kami terpilih menjadi wakil St. John Ambulans untuk membuat persembahan di Klang. Kami berjaya menjadi unit beruniform yang terbaik 3 kali berturut- turut sejak 1995.
  • 1998- 5 orang ahli divisi kami telah menjadi Johan Kawad Kaki & Rawatan Rumah pada peringkat kawasan Perak Selatan. Setelah menjadi johan pada peringkat kawasan, mereka turut menjadi naib johan Kawad Kaki & Rawatan Ruamah pada peringkat negeri Perak. Ahli divisi NC 36 telah menjadi Naib Johan dalam Perbarisan Tahunan Perak Selatan. 2 orang ahli divisi kami iaitu Lee Pei Ting dan Wong Kok Wai telah mendapat Anugerah Hadiah Cemerlang Akademik. Pada tahun ini juga, 7 orang ahli divisi NC 36 dianugerahi Lencana Perisai Perkhidmatan Cemerlang ( Special Service Shield).
  • 1999- Ahli divisi kami telah menjadi johan Perbarisan Tahunan Perak Selatan bagi kategori dewasa dan kadet. 4 orang ahli divisi kami telah dianugerahi Anugerah Hadiah Cemerlang Akademik.
  • 2000- 3 orang ahli divisi kami terpilih menjadi wakil Perak Selatan untuk menyertai perbarisan pada peringkat negeri Perak. Menjadi unit beruniform yang terbaik dalam sekolah.
  • 2001- Sekali lagi menjadi unit beruniform yang terbaik dalam sekolah.
  • 2002- Pasukan AC 54 telah memenangi naib johan dalam pertandingan masak- memasak.
  • 2003- 3 orang ahli telah menerima sijil pelantikan Lans Koperal Dewasa.
  • 2004- Pasukan kami telah memenangi johan dalam perbarisan sekolah. Kami juga menduduki tempat kedua dalam perbarisan tahunan Perak Selatan. 1orang ahli telah menerima sijil pelantikan Lans Koperal Dewasa & 5 orang ahli telah menerima sijil pelantikan Lans Koperal Kadet. Terdapat 3 orang ahli yang lulus dalam kursus lencana kemahiran kadet.
  • 2005- Perasmian Bilik Rawatan diadakan semasa AGM dan kami memperkenalkan laman web SJAM Dato' Sagor yang merupakan divisi SJAM yang pertama mempunyai laman web di seluruh Perak Selatan. Kami menghantar 2 kontigen ke perbarisan tahunan dan kontigen AA/ NA telah mendapat Johan. 2 orang ahli telah dinaikkan pangkat ke Lans Koperal Dewasa, 3 orang ahli dinaikkan pangkat ke Lans Koperal Kadet, manakala seorang ahli mendapat anugerah perkhidmatan 200 jam ( 200 hour service shield), 3 orang ahli mendapat anugerah 100 jam ( 100 hour service shield). 8 orang ahli kadet mendapat sijil ahli cekap ( Service Strips) pada 13 October 2005.
  • 2006- Majlis Perayaaan Ulang Tahun Ke- 20 diadakan di dewan SMKDS pada 26 June 2006. Kami mendapat Johan dalam pertandingan kawad kaki semasa hari sukan SMKDS. Kami menghantar 3 kontigen ke perbarisan tahunan dan kontigen AA/ NA telah mendapat tempat ketiga. Seorang ahli dinaikkan pangkat ke Koperal Dewasa, 2 orang dinaikan pangkat ke Lans Koperal Dewasa, seorang ahli NC 36 dinaikan pangkat ke Koperal Kadet & 1 ahli dinaikkan pangkat ke Lans Koperal Kadet, seorang telah mendapat anugerah 200 jam ( 200 Hours Service Shield), 9 orang telah mendapat anugerah 100 jam ( 100 Hours Service Shield) pada 10 September 2006.
  • 2007- Kami mendapat Johan dalam pertandingan kawad kaki semasa hari sukan SMKDS. Seorang ahli dinaikan pangkat ke Koperal Dewasa, 3 Orang ahli dinaikkan pangkat ke Lans Koperal Kadet. Seorang ahli telah dianugerahi Anugerah Kepimpinan Terbaik [ Soo Xi Yi], seorang dianugerahi Anugerah Pelajar Cemerlang Akedemik [ Phooi Zun Yuen] di peringkat sekolah.