Sunday, December 21, 2008

Tahun 2008

Tahun 2008 hampir berakhir, maka tahun 2009 bakal menjelang, tetapi ini bukan titik tamat perkhidmatan SJAM SMK Dato' Sagor.

Pada tahun 2008, pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak divisi dan ahli- ahli kami juga telah melibatkan diri dalam aktiviti- aktiviti di peringkat divisi, daerah, negeri dan juga antarabangsa.

1) Kempen Pengambilan Ahli Baru telah diadakan, lebih kurang 30 orang pelajar telah mendaftar diri untuk menyertai SJAM. Aktiviti yang telah dilangsungkan termasuk pameran gambar- gambar tentang SJAM, Uniform showcase, di mana 8 orang ahli dari divisi dewasa dan kadet yang memakai Uniform No. 2 menjelaskan segala soalan yang dikemukakan oleh pelajar ( mewakili uniform dari Ambulans Dewasa, Perawatan Dewasa, Ambulans Kadet dan Perawatan Kadet). Kaunter- kaunter pertanyaan juga disediakan dan sebarang masalah atau persoalan dari pelajar-pelajar dilayani oleh ahli- ahli yang bertanggungjawab di kaunter- kaunter tersebut.

2) Orentasi diadakan untuk mengeratkan hubungan antara ahli- ahli baru dengan ahli yang lebih senior di dalam divisi melalui permainan dinamik. Selain itu, penerangan tentang SJAM dan SJAM SMKDS juga dijelaskan oleh ahli senior secara ringkas.

3) Pihak divisi juga telah menghantar 2 pasukan ( 1 AC, 1 NC) untuk menyertai Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Daerah di Ibupejabat SJAM Kws. Perak Selatan. Pasukan AC 54 telah berjaya mendapat tempat Ketiga dalam ketegori kawad kaki manakala pasukan NC 36 telah mendapat Johan dalam kategori Pertolongan Cemas- Kes Pendek; seorang ahli dari NC 36 ( Chai Ai Wen)telah berjaya mendapat Perseorangan Tertinggi.


Pasukan AC 54 dan NC 36

4) Sempena dengan Hari Sukan SMK Dato' Sagor, pihak SJAM SMKDS telah menghantar satu kontigen campuran dari A/A DS (C), AC 54 dan NC 36 untuk menyertai Perbarisan Sukan dan berjaya mendapat Johan dalam kategori Pasukan Uniform dan juga Johan Keseluruhan bagi perbarisan tersebut.

5) Pihak SJAM SMKDS juga telah menghantar 3 kontigen ( AA, AC & NC) untuk menyertai Perbarisan Tahunan SJAM Kws. Perak Selatan. Kontigen AC 54 telah berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori Ambulans Kadet manakala kontigen NC 36 mendapat tempat Ketiga bagi kategori Perawatan Kadet. Guru Penasihat divisi, Pn. Kamaladevi telah menghadiri aktiviti tersebut untuk memberi sokongan moral kepada kontigen- kontigen dari SMKDS.




6) Ahli- ahli yang telah mencapai umur 16 tahun telah melibatkan diri dalam aktiviti mengutip derma pada Hari Bendera; manakala ahli- ahli yang belum mencapai umur 16 tahun telah menyumbangkan tenaga dengan menjual stiker kereta Hari Bendera.


7) Pihak divisi SJAM SMKDS telah mengadakan Kursus Induksi Pertolongan Cemas di peringkat divisi dan semua ahli telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Selepas kursus, Peperiksaan Pertolongan Cemas juga diadakan dengan bantuan pegawai- pegawai dari Ibupejabat Kws. Perak Selatan sebagai pegawai pemeriksa.

8) Pihak divisi juga mengadakan Kursus dan Peperiksaan Perawatan Rumah dengan bantuan divisi dari SMK Sultan Abdul Aziz di Ibupejabat SJAM Kws. Perak Selatan selama 2 hari 1 malam. Semua ahli perawatan telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan ada beberapa orang ahli ambulans yang berminat untuk belajar telah melibatkan diri dalam kursus ini.

9) Terdapat 9 orang ahli dari divisi AC 54 dan NC 36 telah mengambil bahagian dalam Kursus Latihan NCO yang dianjurkan oleh SJAM Kws. Perak Selatan. Terdapat 3 orang ahli telah dinaikan pangkat ke Koperal Kadet dan 3 orang ke Lans Koperal Kadet.

10) Sempena dengan Hari St. John Sedunia, pihak divisi telah mengadakan upacara pembacaan ikrar dan perbarisan di SMK Dato' Sagor. Upacara ini telah disaksikan oleh Guru Penasihat Divisi ( Pn. Kalamadevi), Pegawai Divisi ( Tn. Liew Weng Chuan) dan Pengetua SMKDS.




11) Pihak divisi juga telah menghantar 3 orang ahli kadet untuk menyertai Perkhemahan Kadet Peringkat Negeri yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Ibupejabat SJAM Kws. Perak Utara dan seorang ahli telah dipilih sebagai Ahli Ambulans Kadet Terbaik ( Wong Jing Hou, AC 54).


12) 6 orang ahli telah menyertai Perkhemahan Kadet Antarabangsa bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun Penubuhan Ke- 100 St. John Ambulans Malaysia di Templer Park, Rawang, Selangor.