Friday, November 09, 2012

Tahun 2009

Pada tahun 2009, pasukan St. John di SMK Dato Sagor telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti- aktiviti anjuran pihak sekolah, dan Ibupejabat SJAM Kawasan Perak Selatan. Aktivit- aktiviti tahunan turut dianjurkan.

1) Kempen Pengambilan Ahli Baru telah dianjurkan oleh pihak divisi untuk memberi penerangan tentang St. John, dan juga menarik hati para pelajar SMKDS menjadi ahli. Antara station yang terlibat termasuk persembahan uniform, pertolongan cemas dan perawatan rumah, kawad kaki, kaunter info dan pendaftaran.
 

 

 2) Sesi orientasi turut diadakan bagi mengalu-alukan kedatangan para ahli baru. Para ahli telah dibahagikan kepada beberapa pasukan dan setiap pasukan diiringi oleh dua orang ahli senior semasa sesi permainan dinamik. Pegawai divisi, Tuan Liew Weng Chuan turut mengambil bahagian dalam akitivi tersebut.
 

 

3) Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan untuk melantik Ahli Jawatankuasa yang baru. Majlis penyerahan tugas turut diadakan. Guru Penasihat, Puan Kamaladevi dan Pegawai Divisi, Tuan Liew Weng Chuan telah menghadiri dan memberi nasihat dan sokongan moral kepada para AJK dan ahli- ahli.
 

 

4) Bagi menyeronokan sesi perjumpaan mingguan, pegawai divisi, Tuan Liew Weng Chuan telah menganjurkan sesi persolekan luka ( casualtiy stimulation). Para ahli belajar ilmu- ilmu dalam persolekan dengan mengunakan bahan makanan seperti tepung, air, gula, sebuk kopi dan lain lain, bagi mendapatkan "luka".
 

 

5) Sempena Tahun Baru Cina, Ibupejabat SJAM Kawasan Perak Selatan telah menganjurkan perkhidmatan ambulans kecemasan bagi mengatasi dan menghantar kes kemalangan yang berlaku di kawasan Teluk Intan. Pihak divisi telah manghantar wakil ahli bagi menyertai program ini.

 

6) Pihak Ibupejabat SJAM Kawasan Perak Selatan telah mengajurkan pesta makanan ( Food Fair) bagi mengumpul derma untuk membeli ambulans yang baru di Teluk Intan. Pihak divisi telah manghantar sepasukan ahli untuk memberi bantuan dan sokongan.
 

7) Pasukan SJAM SMKDS telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan kawad kaki unit beruniform sempena Hari Sukan SMKDS. Selain daripada itu, para ahli SJAM SMKDS turut bertanggungjawab atas perkhidmatan pertolongan cemas.
 

 


8) Kursus Induksi dan Peperiksaan Pertolongan Cemas Asas telah diadakan bagi melatih para ahli dari segi pertolongan cemas. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai platform untuk ahli- ahli divisi dewasa untuk melatih diri dalam sesi memberi ceramah, latihan praktikal dan pengendalian masa yang effektif. Peperiksaan pertolongan cemas diadakan pada hujung sesi tersebut dimana ahli yang lulus akan mendapat sijil pertolongan cemas asas atau ulangan yang diwajibkan untuk dibaharui setiap tahun.
 

 

9) Kursus dan Peperiksaan Perawatan Rumah telah dianjurkan oleh pihak divisi SJAM SMKDS di Ibupejabat SJAM Kawasan Perak Selatan. Kesemua ahli Perawatan Ruman telah menghadiri kursus ini, sesetangah ahli ambulans yang berminat turut menyertai kursus tersebut. Para ahli diajar dan dilatih atas procedure dan cara yang betul untuk mengamalkan perawatan rumah.
 

 

10) Pihak Ibupejabat SJAM Kawasan Perak Selatan telah menganjurkan Kursus Latihan NCO sempena cuti sekolah. Ahli- ahli dari SMKDS telah menyertai aktiviti tersebut. Antara latihan termasuk sesi ceramah, kawad kaki, ujian bertulis, para peserta akan dinilai dari sesi- sesi tersebut, termauk personality dan prestasi dalam kursus. Ahli yang berjaya lulus dalam kursus ini akan dilantik sebagai NCO untuk membangunkan divisi masing- masing.
 

 

11) Perbarisan Tahunan merupakan suatu aktiviti yang penting bagi mengekal kecekapan para ahli. Kesemua ahli dari SMKDS telah manghadiri aktiviti tersebut.
 

12) Sempena Perayaan Hari Guru, pihak divisi AA DS telah menghantar dua pasukan ahli pertolongan cemas untuk memberi demostrasi pertolongan cemas semasa kecemasan. Para pelajar dan guru SMKDS yang berminat telah digalakkan untuk menyertai SJAM dan kursus pertolongan cemas.
 

 

No comments: